Jumaat, 10 Jun 2011

Tarian Asli Brunei

Latar Belakang beberapa Tarian Asli Brunei
1) Alus Jua Dendang

Tarian Alus Jua Dendang mengisahkan tentang pertemuan sepasang pengantin dengan perasaan gembira di Majlis Malam Berambil-ambilan. Tarian ini menggambarkan perasaan malu dan pujuk memujuk di antara pengantin.


2) Adai-Adai

Pada zaman dahulu Lagu dan Tarian 'Adai-Adai' ini dipersembahkan oleh kaum Nelayan ketika hendak pergi dan pulang dari menangkap ikan. Tarian ini menggambarkan keriangan, kepenatan dan aktiviti kaum nelayan.

3) Samalindang

Samalindang mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Samalindang yang dikatakan sangat rupawan dan bersopan santun serta mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Tarian ini menggambarkan sifat-sifat Siti Samalindang yang terpuji.

4) Anding

Tarian Anding pada zaman dahulu dipersembahkan untuk mengubati orang sakit. Tarian ini diiringi dengan permainan muzik dan nyanyian berupa bacaan-bacaan untuk mengubat orang sakit. Tarian ini terdapat di kalangan Puak Kedayan.

5) Alai Sekap

Persembahan tarian 'Alai Sekap' pada zaman dahulu dilakukan apabila berlaku kematian di kalangan orang-orang besar Melayu Belait. Tarian ini dipersembahkan bagi menghiburkan hati keluarga si mati yang sedang sedih.

6) Tamarok

Tarian 'Tamarok' terkenal di kalangan Puak Melayu Dusun. Tarian ini dipersembahkan selepas selesai menuai padi. Tarian ini boleh memakan masa hingga jauh malam. Tarian ini selalunya diiringi dengan alat muzik tradisi dan gulintangan.


Nama-nama Tarian Asli Brunei yang lain
  1. Aduk-Aduk
  2. Dundang-Dundang
  3. Hola-Hela
  4. Indung Anak
  5. Joget Baju Putih
  6. Kayum Oya Kayum
  7. Lanang Beladu Lanang
  8. Medayut
  9. Zipin Laila Sembah
(Sumber: http://aslibrunei.blogspot.com/)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan